Salam. Untuk topik 4.2 ini, anda akan belajar 3 barisan pertahanan badan daripada serangan penyakit. Anda juga akan belajar tentang proses keimunan iaitu bagaimana proses imunisasi dilaksanakan.
Kemudian siapkan modul yang diberikan ye. Jangan lupa isi nama di ruang komen.Sebab sebelum ni ramai yang gagal mengisi kehadiaran mereka.
4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit
Salam. Sesuai sangat dengan musim pendamik ni, kita akan belajar tentang jenis-jenis penyakit. Untuk subtopik 4.1, selain mengetahui jenis penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, anda juga akan belajar kaedah penyebaran penyakit berjangkit dengan lebih terperinci. Sila tonton video di bawah :
Kemudian sila siapkan modul subtopik ini :
Kemudian jangan lupa isi nama di bahagian komen untuk kedatangan ye. Selamat belajar.
3.4 Proses Penyerapan dan Pengangkutan Hasil Percernaan serta Penyahtinjaan
Proses pencernaan merupakan proses yang kompleks. Dalam tajuk ini anda akan diperkenalkan dengan tiub visking dalam memahami sifat usus kecil dalam ketelapan memilih. Apa pun, sila tonton video ini.
Kemudian sila siapkan latihan dalam buku kerja yang telah saya beri ye. Ini ialah tajuk terakhir bab 3 tapi sangat penting. Saya harap anda boleh kuasai bab ini.
Jangan lupa tulis nama di bahagian komen sebagai kehadiran. Thanks