Thursday, January 28, 2021

SAINS TINGKATAN 3 : BAB 1 ( Bahagian 2 - Ransangan & Gerak Balas Manusia )

 SAINS TINGKATAN 3 : BAB 1 ( Bahagian 2 )

 Sains Tingkatan 3


Bab 1 ( Bahagian 1.2 ) - Ransangan & Gerak Balas dalam Manusia


Salam semua. Maaf terlewat sedikit kelas hari ini. Ingatkan jam 10am. 

 Untuk kelas kedua ini, kita akan belajar topik Ransangan dan gerak balas. Kita fokus pada organ-organ pada deria manusia. Sila tonton video di bawah. 



Seterusnya, sila buat latihan di bawah. Buat dalam buku latihan.


Memandangkan sy hanya ada 3 waktu sahaja seminggu dengan awak, sy harap awak semua boleh tangkap subkonten yang agak banyak dalam seminggu. Kalau sikit2 nanti takut ketinggalan. Dan harap awak semua juga tidak skip video pengajaran ye. 

Baiklah, sila isi nama di bahagian komen sebagai kehadiran PDPR ini. Selamat belajar. 

Tuesday, January 26, 2021

SAINS TINGKATAN 2 : BAB 1 ( Biodiversiti - Pengelasan Tumbuhan )

 BAB 1 ( Biodiversiti - Pengelasan Tumbuhan )

 Hari ini untuk topik sains, kita masih menggunakan video tayangan yang sama. Cuma perlu bermula pada minit ke 12.45. Tajuk hari ini ialah pengelasan tumbuhan. 


Seterusnya lakukan latihan di bawah di dalam buku latihan ye. Kalau ada yang kurang faham, boleh isi juga di bahagian komen. Jangan lupa kehadiran. 


Untuk subtopik terakhir, kunci dikotomi, tunggu saya buat rakaman ye. Minggu depan kita akan terus ke bab 2. Ok guys? Ok. 

Monday, January 25, 2021

SAINS TINGKATAN 2 : BAB 1 ( BIODIVERSITI - 1.2 Pengelasan Haiwan )

 1.2 Pengelasan Haiwan

Untuk kelas hari ini, kita masih mengekalkan video youtube yang sama kerana masih di bawah tajuk yang sama. Cuma hari ini bermula dari minit 4.30, Pengelasan Haiwan. 


Selesai menonton, sila buat latihan di bawah di dalam buku latihan. Harap2 saya dapat cod handout kerja secepat yang mungkin lahye. 




Sub pembelajaran seterusnya esok, Pengelasan Tumbuhan & seterusnya, Kunci Dokotomi. Yang ni, mungkin saya akan rakam diri sendiri sebab kena bagi faham konsep. Sila isi kehadiran di bahagian komen di bawah. Selamat menjawab. 

Thursday, January 21, 2021

SAINS TINGKATAN 3 : BAB 1 ( Bahagian 1 )

 Sains Tingkatan 3

Bab 1 ( Bahagian 1 ) - Ransangan & Gerak Balas


Salam semua. Untuk kelas pertama ini, kita akan belajar topik Ransangan dan gerak balas. Untuk bahagian pertama ini kita fokus pada sistem saraf manusia. Sila tonton video di bawah. 




Kemudian selesaikan tugasan pada muka surat 10 buku teks, praktis formatif 1.1. dalam buku latihan/buku tulis yang besar tu.  



Jangan lupa isi kehadiran dalam telegram ye. 


Tuesday, January 19, 2021

SAINS TINGKATAN 2 : BAB 1 ( BIODIVERSITI )

 Salam. Sila tonton video biodiversiti di bawah. 





Kemudian siapkan tugasan yang diberi. 


Sebenarnya modul anda telah disediakan tapi sedang dalam print. Makanya sebelum ada modul ini, anda diminta untuk fotostat/print/salin dahulu tugasan ini. InshaAllah bila dah tak kelam-kabut, saya yang akan berada dalam channel youtube tersebut. 

Selamat Datang ke channel Cikgu Ammo.

 Salam. Terima kasih kerana sudi menjengah ke channel blog Cikgu Ammo. Selepas ini Cikgu Ammo akan menggunakan platform ini untuk mengajar anda semasa PDPR iaitu sepanjang tempoh pembelajaran di rumah.