Salam. Untuk topik 4.2 ini, anda akan belajar 3 barisan pertahanan badan daripada serangan penyakit. Anda juga akan belajar tentang proses keimunan iaitu bagaimana proses imunisasi dilaksanakan.
Kemudian siapkan modul yang diberikan ye. Jangan lupa isi nama di ruang komen.Sebab sebelum ni ramai yang gagal mengisi kehadiaran mereka.
4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit
Salam. Sesuai sangat dengan musim pendamik ni, kita akan belajar tentang jenis-jenis penyakit. Untuk subtopik 4.1, selain mengetahui jenis penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, anda juga akan belajar kaedah penyebaran penyakit berjangkit dengan lebih terperinci. Sila tonton video di bawah :
Kemudian sila siapkan modul subtopik ini :
Kemudian jangan lupa isi nama di bahagian komen untuk kedatangan ye. Selamat belajar.
3.4 Proses Penyerapan dan Pengangkutan Hasil Percernaan serta Penyahtinjaan
Proses pencernaan merupakan proses yang kompleks. Dalam tajuk ini anda akan diperkenalkan dengan tiub visking dalam memahami sifat usus kecil dalam ketelapan memilih. Apa pun, sila tonton video ini.
Kemudian sila siapkan latihan dalam buku kerja yang telah saya beri ye. Ini ialah tajuk terakhir bab 3 tapi sangat penting. Saya harap anda boleh kuasai bab ini.
Jangan lupa tulis nama di bahagian komen sebagai kehadiran. Thanks
Untuk tajuk Nutrisi kali ini, saya terpaksa 2 subtajuk sekali gus memandangkan seminggu sekali sahaja perjumpaan. Lagi pun kedua2 subtajuk kali ini agak pendek, jadi boleh dibuat sekali gus.
Untuk Tajuk 3.2 Kepentingan Gizi Seimbang :
Untuk Tajuk 3.3 Sistem Pencernaan Manusia :
Kemudian sila siapkan latihan di dalam modul yang diberi. Jangan lupa isi nama di bahagian komen.
Untuk tajuk respirasi ini, anda akan mengenali sistem respirasi manusia terlebih dahulu. Yang paling penting anda kena bezakan antara apa itu respirasi dan pernafasan. Sila tonton video di bawah :
Kemudian boleh sambung buat latihan di buku teks serta di buku kerja yang dibeli di koperasi.
Jangan lupa juga isi nama di ruangan komen ye. Sekian
Untuk hari ini kita akan masuk bab 3. Bab 3 ni banyak menghafal. Saya tersangat menggalakkan anda membuat peta minda/ i-think supaya mudah ingat.
Sila tonton video di bawah.
Seterusnya bolehlah dibuat dalam modul yang diberi, latihan berkaitan kelas makanan. Selamat belajar guys. Isikan nama di bahagian komen sebagai kehadiran ye.
EKOSISTEM - 2.3 Saling Bersandaran dan Interaksi antara Organisma dan antara Organisma dengan Persekitaran )
Untuk topik kali ini, anda mesti memahami hiraki dalam jenis-jenis interaksi bermula daripada habitat, spesis, populasi, komuniti dan ekosistem. Anda juga mesti memahami konsep keseimbangan dalam ekosistem. Sila tonton video di bawah.
Seterusnya, sila selesaikan latihan dalam modul yang telah diberi.
Kemudian terus sambung untuk kelas minggu ini ye. Jangan lupa isi kehadiran.
1.4 kepentingan Gerak Balas terhadap Ransangan dalam Haiwan Lain
Topik kali ini pun lebih pendek berbanding sebelum ini. Anda akan lebih memahami berkaitan Penglihatan Stereoskopik dan Monokular serta Pendengaran Stereofonik. Untuk itu sila tonton video di bawah.
Kemudian sila buat sedikit latihan seperti di dalam buku teks di bawah.
Kemudian sila siapan keseluruhan Bab 1 dalam buku kerja yang dibeli di koperasi sekolah.
Mohon anda isikan nama anda di ruangan komen sebagai kehadiran ye.
Topik kali ini lebih pendek berbanding sebelum ini. Tumbuhan hanya ada 2 gerak balas iaitu gerakbalas Tropisme dan Nastik. Pastikan anda menguasai kedua gerakbalas ini. Untuk itu sila tonton video di bawah.
Kemudian sila buat sedikit latihan seperti di dalam buku teks di bawah.
Untuk kelas-kelas sebelum ini, saya dapati anda tidak mengisi nama di ruangan komen. Maka saya tak dapat rekodkan kehadiran. Mohon anda isikan nama anda di ruangan komen sebagai kehadiran ye.
SAINS TINGKATAN 2 : BAB 1 ( Perbincangan Jawapan Latihan )
Jadi hari ini anda semua dikehendaki menyemak semula jawapan-jawapan yang anda berikan pada kertas-kertas latihan bab 1. Sila tanda menggunakan pen merah. Jika salah, betulkan dengan pen merah ye.
Sila letak nama pada ruang komen sebagai kehadiran ye. Minggu depan kita akan masuk bab 2. Terima kasih.
Topik kekunci dikotomi ini agak sukar dikuasai sekiranya tidak ambil perhatian dan tidak buat latihan. Jadi saya berharap semua pelajar boleh memberi penumpuan yang lebih terhadap topik ini.
Kemudian boleh cuba buat latihan dalam buku teks. Kalau tak boleh, kena cuba sampai faham.
Bab 1 ( Bahagian 1.2 ) - Ransangan & Gerak Balas dalam Manusia
Salam semua. Maaf terlewat sedikit kelas hari ini. Ingatkan jam 10am.
Untuk kelas kedua ini, kita akan belajar topik Ransangan dan gerak balas. Kita fokus pada organ-organ pada deria manusia. Sila tonton video di bawah.
Seterusnya, sila buat latihan di bawah. Buat dalam buku latihan.
Memandangkan sy hanya ada 3 waktu sahaja seminggu dengan awak, sy harap awak semua boleh tangkap subkonten yang agak banyak dalam seminggu. Kalau sikit2 nanti takut ketinggalan. Dan harap awak semua juga tidak skip video pengajaran ye.
Baiklah, sila isi nama di bahagian komen sebagai kehadiran PDPR ini. Selamat belajar.
Hari ini untuk topik sains, kita masih menggunakan video tayangan yang sama. Cuma perlu bermula pada minit ke 12.45. Tajuk hari ini ialah pengelasan tumbuhan.
Seterusnya lakukan latihan di bawah di dalam buku latihan ye. Kalau ada yang kurang faham, boleh isi juga di bahagian komen. Jangan lupa kehadiran.
Untuk subtopik terakhir, kunci dikotomi, tunggu saya buat rakaman ye. Minggu depan kita akan terus ke bab 2. Ok guys? Ok.
Untuk kelas hari ini, kita masih mengekalkan video youtube yang sama kerana masih di bawah tajuk yang sama. Cuma hari ini bermula dari minit 4.30, Pengelasan Haiwan.
Selesai menonton, sila buat latihan di bawah di dalam buku latihan. Harap2 saya dapat cod handout kerja secepat yang mungkin lahye.
Sub pembelajaran seterusnya esok, Pengelasan Tumbuhan & seterusnya, Kunci Dokotomi. Yang ni, mungkin saya akan rakam diri sendiri sebab kena bagi faham konsep. Sila isi kehadiran di bahagian komen di bawah. Selamat menjawab.
Salam semua. Untuk kelas pertama ini, kita akan belajar topik Ransangan dan gerak balas. Untuk bahagian pertama ini kita fokus pada sistem saraf manusia. Sila tonton video di bawah.
Kemudian selesaikan tugasan pada muka surat 10 buku teks, praktis formatif 1.1. dalam buku latihan/buku tulis yang besar tu.
Sebenarnya modul anda telah disediakan tapi sedang dalam print. Makanya sebelum ada modul ini, anda diminta untuk fotostat/print/salin dahulu tugasan ini. InshaAllah bila dah tak kelam-kabut, saya yang akan berada dalam channel youtube tersebut.
Salam. Terima kasih kerana sudi menjengah ke channel blog Cikgu Ammo. Selepas ini Cikgu Ammo akan menggunakan platform ini untuk mengajar anda semasa PDPR iaitu sepanjang tempoh pembelajaran di rumah.